Assalammualaikum.... bertemu kembali dalam arena blog ni. DO masih dalam mood break the ice pada tahap cuba, try, test. 2 - 3 hari lepas DO baru membuat proses menambah shout box, feedjit dan proses penyelarasan menggunakan hp. Semua perkara berjalan dengan lancar. Bagi DO semua proses ni adalah sangat mudah, like ABC. Walaupun ia adalah kerja yang sangat mudah, tapi DO telah mengambil masa yang agak lama untuk sempurnakannya. Ini kerana blog ini bukannya sebagai tumpuan utama dalam tugas2 sebagai DO.
Sebagai pengenalan DO telah memberikan sedikit ringkasan dalam profil berkenaan diri DO. Nama?? since most of the blogger have no real name, jadi DO memilih nama Dapur Officer gelaran yang diberikan oleh sahabat baik di Pekan Changloon Mr. IChan. Mr. IChan ni seorang mualaf, setiap kali DO berjumpa dengan sahabatnya Mr. IChan akan perkenalkan DO dlm loghat utara: "Ya Pak Long, ni ****** (nama saya), dia kerja sebagai DO..." hampir setiap kenalan yang DO jumpa bersama nya akan di perkenalkan seperti ini. Bila ditanya baru Mr. IChan bagitau DO means Dapur Officer merujuk pada diri DO yang baru sahaja tamat pengajian di U sambil mengusahakan tanaman anggur tanpa ladang pada ketika itu. (mengANGGUR). Daripada situ terma DO menjadi sebutan merujuk kepada profil kerja DO. Sehingga hari ini dah hampir 7 tahun menjadi DO.
Bagi DO, DO means a lot: DO - Dapur Officer, DO - Duit Officer (tak layak lg sebab banyak perabih duit dari buat duit), DO - District Officer (cita2 selepas tamat SPM x caya boleh lihat majalah sekolah DO), DO - Daawah Officer (aktiviti sosial DO terlibat dalam jemaah daawah dan tabligh) dan banyak lagi DO yang kita boleh fikirkan. Sebentar lagi satu lagi jawatan DO yang ada dalam senarai tugas harian iaitu DO - Driver Officer kepada my lovely CEO....
thanks DO jd driver CEO shopping2 ari ni..
ReplyDelete